Ads

Powered by Blogger.
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda :

Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya

(Riwayat Ahmad no. 16982, Muslim no. 55 dan Abu Daud no. 4944)

0
Daripada lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala

(Riwayat al-Bukhari no.25, Muslim no.22 dan Ahmad no. 68)

0
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka

(Riwayat al-Bukhari, no. 6777 dan Muslim, no. 1337)

0
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda :

Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). (Surah al-Mukminun 23:51) Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).(Surah al-Baqarah 2:172) Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

(Riwayat Ahmad no. 8348, Muslim no. 1015 dan al-Tirmizi no. 2922)

0
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata :

Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis: "Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.

(Riwayat al-Tirmizi no. 2518, al-Nasa’i no. 5711,8/327-328, Ibn Hibban dan al-Hakim)

0
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda :

Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya

((Riwayat al-Tirmizi no. 2318, Ibn Majah no. 3976, Ahmad no. 1732 dan al-Baihaqi))

0
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a, Pembantu Rasulullah SAW, Baginda bersabda :

Tidak beriman(secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri

(Riwayat al-Bukhari no. 13, Muslim no. 45 dan Ahmad no. 18076)

0
Daripada lbnu Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda :

Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tidak ada yang disembah melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah kecuali kerana salah satu daripada tiga perkara : Berzina, pada hal dia sudah berkahwin, membunuh orang dan meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jemaah (murtad)

(Riwayat al-Bukhari, dan Muslim, no. 1676)

0
Previous PostOlder Posts Home