Ads

Powered by Blogger.

Hadis hari Ini: Amalan Ke Syurga

Leave a Comment
Dari Mu'adz bin Jabal ra, dia berkata :

Aku berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka!" Baginda bersabda maksudnya, "Engkau telah menanyakan sesuatu yang besar kepadaku. Hal itu benar-benar mudah bagi orang yang dimudahkan Allah, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan janganlah menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya, hendaklah engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadan dan menunaikan haji di Al-Bait.

Kemudian baginda bersabda lagi maksudnya :

Ingatlah, akan ku beritahukan kepadamu beberapa pintu kebaikan: Puasa itu perisai dan sedekah dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air yang memadamkan api serta solat seseorang ditengah malam.

Kemudian baginda membaca ayat :

Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap,dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (Surah As-Sajdah ayat 16-17)

Aku bertanya, "Baik wahai Rasulullah."
Baginda bersabda:

Pangkal urusan adalah Islam. Sendinya adalah solat.Puncaknya adalah jihad." Kemudian baginda bersabda, "Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu maksud dari semua itu?

Aku bertanya, "Baik wahai Rasulullah."
Baginda memegang lidahnya dan bersabda:

Tahanlah ini!

Aku bertanya, "Wahai Nabi Allah, apakah kami akan benar-benar dihukumi kerana apa yang kami katakan?"
Baginda bersabda:

Ibumu mati kerana melahirkanmu. Adakah manusia ditelungkupkan ke neraka pada bagian wajah mereka, melainkan sebagai akibat dari lidah mereka?

(Riwayat Ahmad no. 22016 dan al-Tarmizi no. 2619)

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment