Maksudnya: Rasulullah SAW menasihati kita dengan nasihat perpisahan yang menggetarkan hati dan membuatkan air mata jatuh bercucuran. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat yang terakhir, oleh itu berilah kami wasiat.” Nabi SAW bersabda: “Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, mendengar dan taat walaupun yang mempertahankanmu adalah seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa antara kamu masih hidup nescaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. Kerana itu, berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin yang lurus. Dan berpeganglah kepada sunnah-sunnah itu dengan kuat dan jauhilah olehmu akan hal-hal baru yang diada-adakan (bidaah) kerana sesungguhnya semua bidaah itu sesat
Hadis Hari Ini: Menghayati Sunnah dan Menghindari Bidaah
Daripada Abu Najih al-Irbad bin Sariah r.a berkata :
(( Riwayat Abu Daud no. 4607 dan al-Tirmizi no. 2678))
Credit: Hadis 40 Imam Nawawi
0 comments:
Post a Comment